"Rencana" ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Jun 2020) |
Keris Taming Sari ialah sebilah keris yang telah digunakan oleh Datuk Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka dalam kitab Hikayat Hang Tuah. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung, pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari.
Keris Taming Sari pada asalnya ialah kepunyaan Taming Sari, seorang hulubalang Jawa. Ketika ingin menikahkan putera Sultan Melaka dan puteri dari Majapahit diadakanlah adu laga kesaktian sebagai hiburan kerajaan atas usul kerajaan majapahit lalu ditunjuklah Hang Tuah sebagai wakil Melaka dan Beliau Patih Gajah Mada memilih Taming Sari sebagai wakil Majapahit. Di tengah adu laga Taming Sari yang hilang kesedaran telah memasuki istana Seri Betara Majapahit dan telah mengamuk dan membunuh ramai orang. Hang Tuah yang berada di situ telah bertarung dengan Taming Sari dan telah membunuh beliau. Keris Taming Sari telah jatuh ke tangan Hang Tuah dan beliau telah mempersembahkan keris itu ke hadapan Seri Betara Majapahit. Baginda telah menganugerahkan Keris Taming Sari kepada Laksamana Hang Tuah atas jasanya mengalahkan Taming Sari.
Keris Taming Sari pernah dicuri oleh Sang Kertaksa, Laksamana Hang Tuah bagaimanapun berjaya mendapatkan semula Keris Taming Sari dengan menggunakan keahlian laga bertarung beliau.